Dr Soo Wincci imbas pengalaman makan sisa makanan orang demi gelaran Doktor Falsafah

Dr Soo Wincci boleh digelar sebagai selebriti Malaysia dengan “Beauty With Brain.

Apa tidaknya, Wincci memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Reading, United Kingdom berserta tiga sarjana lain iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia), Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).

Bukan itu sahaja, dia juga berjaya menggenggam PhD Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus melakar kejayaan tersendiri apabila memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.


Menceritakan pengalaman silamnya sewaktu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Sepanyol, beberapa tahun lalu, Dr. Soo Wincci, 35, mend3dahkan dia terpaksa makan sisa makanan pelajar lain disebabkan kekangan wang.

Wincci berkata, dia hampir putvs asa meneruskan pengajiannya apatah lagi ramai menasihatkan dia pulang dan teruskan kerjaya sebagai artis di tanah air.

“Beberapa tahun lalu, apabila wang saya berbaki RM4.90 (1 Euro) di Sepanyol, saya tidak dapat pulang disebabkan isu visa yang ketat serta peraturan universiti. Terus-terang, setiap hari saya risau mengenai yuran pengajian, pinjaman hvtang, kena ma4rah, diketawakan dan markah universiti.

“Sambil mengisi perut dengan sisa makanan pelajar lain, saya hampir pvtus asa dan bertanya kenapa hidup orang lain senang. Sedangkan saya pada usia 33 ketika itu sangat bodoh kerana mahu bermula dari bawah semula,” katanya.

 

Bagaimanapun, graduan PhD dalam bidang Produksi Artistik di University of Polytechnic, Sepanyol itu nekad untuk terus menamatkan pengajian.

“Ramai menyuruh saya untuk balik saja dan teruskan menikmati populariti yang sudah diraih. Tapi, saya tetap berkeras mengejar impian, tidak beralah dan tiada sesalan untuk tempuh setiap dugaan,” ceritanya lagi.

Kini semua peng0rbanan Wincci itu membuahkan hasil apabila Wincci mencipta rekod apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.

Semoga semangat berdaya saing Wincci dalam memburu cita-cita nya menjadi inspirasi buat semua pembaca.

 

 

 

 

Sumber:HM via myartis