Bagi yang selalu berkunjung ke Teluk Intan, pasti tertanya-tanya berkenaan rumah agam besar yang terbiar, terletak berhampiran Maybank Teluk Intan.
Rumah ini dianggap m1steri oleh orang luar bahkan kepada penduduk di Teluk Intan sendiri.
Sebenarnya ia merupakan kediaman bagi keluarga Taukey Woo Choy yang berasal dari suku kaum Kantonis. Difahamkan Woo Choy telah datang dan menetap di Malaya sebelum Perang Dunia Kedua.
Beliau memulakan konglomerat dalam pelbagai bidang perniagaan antaranya menjadi saudagar beras, pembekal pelbagai barangan seperti herba untuk perubatan, perkapalan dan lain-lain.
Taukey Woo juga telah membeli sebidang tanah yang luas di sepanjang Batu 11 Changkat Road dan mengusahakan ladang getah. Beliau membina sebuah kilang untuk memproses getah skrap di ladangnya.
Rumah agam yang dibina pada tahun 1918 ini dipanggil sebagai Yee Woh Tai Ngok oleh pemiliknya. Terletak di sebidang tanah yang berkeluasan sebanyak 5 ekar, ia mempunyai pintu masuk utama mengadap Jalan Speedy dan pintu masuk sisi pula berhadapan dengan permulaan Jalan Ah Cheong.
Rumah agam ini dilindungi dengan dinding konkrit tinggi dibahagian Jalan Sekolah dan Jalan Ah Cheong. Dua bahagian pagar ini terdapat tiang konkrit dengan hiasan unicorn diatasnya.
Hiasan besi dibahagian atas mempunyai senireka yang sangat unik, dipercayai dibawa masuk dari negara luar.
Pintu utamanya mempunyai ketinggian sebanyak 15 kaki dan diperbuat dari kayu yang berkualiti tinggi.
Jeriji yang berada di luar pintu jenis gelongsor sisi, juga diperbuat dengan batang kayu keras berkualiti tinggi dan setiap batang tersebut berukuran diameter 2 inci.
Jika anda masuk melalui pintu utama, anda akan mendapati terdapat ruangan untuk para tetamu dibahagian kiri dan kanan. Ia juga digunakan sebagai ruangan untuk kanak-kanak bermain dan belajar.
Selanjutnya apabila anda berjalan terus ke bahagian dalam rumah, anda akan menemui ruangan terbuka berbentuk segi empat yang berkeluasan sebanyak 40 kaki persegi.
Dibahagian kirinya terdapat pintu yang berhadapan dengan Jalan Ah Cheong. Pintu tersebut juga digunakan oleh para pembantu dan kakitangan rumah agam ini.
Terdapat sebuah garaj yang boleh membuatkan sebanyak tiga hingga empat kereta tidak jauh dari pintu masuk ini. Ruangan berhadapan dengan Jalan Sekolah ini terdapat taman yang dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan dalam pasu.
Pasu-pasu tersebut dibuat oleh tukang yang mahir. Banyak patung unicorn, phoenix dan naga yang terdapat dikawasan ini. Dibahagian belakang halaman pula terdapat rumah untuk kakitangan dan pembantu rumah.
Terdapat beberapa bilik dibahagian kanan dari pintu masuk utama. Juga terdapat 2 tangga yang menuju ke tingkat pertama dimana merupakan ruangan untuk kegunaan peribadi keluarga Woo.
Rumah agam ini kemudiannya diduduki oleh balu Woo Choy dan beberapa orang adik beradiknya. Kebanyakan dari mereka tinggal disitu sehingga ke hujung hayat.
Namun tidak dapat dipastikan kenapa kini rumah agam itu terbiar.
Berita kem4tian Taukey Woo pernah disiarkan oleh The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser pada 29 Ogos 1931. Berikut merupakan beritanya,
“The death of Towkay Woo Choy took place at his residence, no. 9 Speedy Road, Teluk Anson, on Tuesday, Aug 11. The late Towkay was a very well-known and old resident of Teluk Anson, was proprietor of Messr. Yue Woo and Co., and one of the biggest landlords in Lower Perak.
In his lifetime, he had done much beneficial work for his compatriots by organizing and financing the Teluk Anson Cantonese District Guild and giving some his land for use as a public burial ground. He had served on Lower Perak Sanitary Board for about 10 years”.
Berikut ialah antara k0men warganet.
Tetapi terdapat satu Komen yang mengatakan rumah agam ini ber”penghuni”.
Sejauh mana kebenarannya d4kwaan tersebut tidak dapat dipastikan sehingga kini.
Sumber:Libur