Syamel ditegur peminat mekap hingga muka kelabu

PENYANYI Syamel tidak menyangka peminat menegur tona wajahnya yang tidak sama dengan warna kulit dalam satu penampilannya baru-baru ini.

Syamel mengakui dia tidak gemar mengenakan solekan namun terpaksa akur jika perlu tampil dengan solekan ringkas bagi menjayakan sesebuah rancangan hiburan.

Menurut Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, solekan adalah penting untuk dia tampil dengan lebih menarik.

“Selalunya saya malas nak mekap, tapi kalau kita dalam rancangan TV kenalah tampil menarik dan saya hanya mengenakan sedikit je.

“Saya tak sangka peminat perasan tentang mekap… ke kelabu?” “Kelabu ke muka saya pakai makeup?” ,ujarnya lagi.

Menjawab kepada pertanyaan sama ada Ernie Zakri membantunya mengenakan solekan, dia mengakui tunangnya sering menasihatkannya tentang penampilan diri.

Sabar lah ye Syamel. Peminat tegur tu kerana mereka prihatin dengan artis kesayangan mereka. 

 

 

 

 

 

 

Sumber:mstar