Ali XPDC tambah saham akhirat

Dunia dunia juga, akhirat jangan lupa.
Belum pernah lagi berlaku seorang rocker dilantik menjadi duta sebuah pusat pengajian Islam.

Bagaimanapun ia bukan lagi perkara mustahil apabila penyanyi XPDC, Ali dilantik sebagai duta Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Sebagai duta, Ali berperanan mencari dana bagi membantu pembangunan madrasah yang beroperasi sejak Julai 2011 itu.

Ali, 52, terharu dengan pelantikan ini dan mengakui menggalas satu tanggungjawab berat.

 

“Ini adalah saham akhirat saya dan rasanya semua orang ada impian berbuat demikian. Ia adalah ketentuan Allah.”

Tambah Ali, kerana madrasah tersebut terletak di kampungnya sendiri, dia berazam mahu menabur bakti bersama penduduk di situ membangunkan Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah.

Justeru Ali akan memastikan dia sentiasa menjaga keterampilannya agar tidak mencemarkan nama Al- Muqwa. 

Menurut Ali lagi,  pentadbir Al-Muqwa memerlukan wang bagi menampung kos operasi keseluruhan berjumlah RM86,000 sebulan.

Mereka yang menyewa tanah pihak lain turut berhasrat memiliki tanah dan bangunan.

Ali yang semakin pulih daripada mele-cur akibat keba-karan dialami pada Mac lalu sedang memikirkan cara yang sesuai untuk membantu.

“Segala-galanya masih dalam perancangan. Sasaran itu memang ada, namun kita mampu merancang tapi perancangan yang terbaik datangnya daripada Allah SWT. Sebagai duta saya akan terima gaji seperti seorang amil. Ada kerja adalah gaji. Bahagian saya tetap ada.

Tapi saya bukan kej-ar yang itu. Saya nak bantu madrasah ini kerana dulu saya tinggal di luar iaitu Kuala Lumpur dan kurang arif mengenai Al-Muqwa.

“Apabila berpindah balik kampung, baharu saya tahu kewujudannya. Pernah satu ketika dulu, bekalan makanan di sini terpvutus. Pelajar-pelajar terpaksa makan nasi yang sudah ba-si. Ia memi-lukan dan kisah ini pernah tvlar dulu,” katanya.

Ali berkata, dia bersyukur kerana kesan daripada kisah tvlar terbabit, kini bekalan makanan sentiasa ada.

“Cuma yang nak dicari ialah keperluan pembayaran gaji tenaga pengajar serta kos-kos lain. Insya-Allah saya merancang untuk menyumbang sedikit wang dari persembahan XPDC untuk madrasah ini. Saya akan bincangkan perkara ini dengan anggota lain. Ia perkara baik dan saham akhirat. Bila lagi kita nak buat kebaikan,” katanya.

Bercerita berkenaan XPDC, Ali berkata, mereka akan beraksi di Warisan Hall Studio, Sijangkang, Selangor pada Disember ini.

“Alhamdulillah kami dijemput beraksi oleh pemilik tempat ini sendiri dan bukan meni-ru mana-mana pihak. Kami dapat kerjasama dengan beberapa penaja yang agak kuat dan TM untuk ‘live streaming’. Persembahan dijadualkan untuk dua malam. Tiket untuk menonton juga dijual tapi bilangannya amat terhad kerana perlu ikut pr0sedur operasi standard (SOP),” katanya yang akan membuat pengumuman lanjut selepas ini.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM