Ibu bagi ‘hint’ Neelofa bakal tamat zaman solo tak lama lagi

Lagi-lagi Neelofa!

Kerana sering terpalit dengan gOsip cinta, ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed menjelaskan dia sudah lali dengan pelbagai kontrOversi yang membabitkan anaknya itu.

Kata Noor Kartini, sebagai ibu dia tahu apa yang dilakukan oleh anaknya itu dan akan tetap memberi sokongan terhadap perjalanan hidup Neelofa.

“Neelofa dalam dunia seni dah 10 tahun, waktu mula-mula tu kita pun pelik… tapi sekarang ni dah tak kisah dah asalkan kita tahu siapa kita.

Tak ada orang umur dah 30an tak nak kahwin, anak-anak buah saya umur 26 tahun pun dah risau!, ” katanya.

Aha! Macam sesuatu je ni. Adakah tanda kerisa-uan  itu bermaksud Neelofa bakal bertemu jodoh tak lama lagi? Sama-sama kita lihat! 

 

 

 

 

Sumber:mstar