Filem ‘Mael Totey The Movie’ kutip RM4 juta dalam masa 8 hari, ini perigatan dari Aziz M.Osman

Kejayaan filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli mengutip RM4 juta dalam tempoh 8 hari tayangannya adalah satu fenomena.

Secara tidak langsung ia telah menjadi satu baru aras untuk melahirkan lebih banyak bakat baru dalam industri perfileman.

Mungkin juga kerana sekarang musim ‘Youtuber’, maka penonton senang menerima karya Syahmi yang lebih santai dalam jenaka menghiburkan malah tidak keterlaluan jika dikatakan Syahmi sendiri telah membuktikan dirinya berjaya sebagai pengarah, penerbit sekaligus menjadi pelakon filem tersebut.

Antara faktor lain yang turut menyumbang kejayaan filem ini ialah,dalam suasana norma baru akibat Covid19, penonton kini lebih gemar menonton hiburan yang mudah diakses.

Dengan kos penerbitan sebanyak RM400,000 dan mendapat hasil pulangan 10 kali ganda, ia suatu pencapaian yang boleh dibanggakan untuk pendatang baru.

Lantaran itu kejayaan filem ini telah membuka mata pengarah senior Aziz M Osman bahawa ‘selera’ penonton berubah mengikut zaman.

Ujar Aziz, 58, walaupun ada segelintir pengkri-tik beranggapan Mael Totey tidak memenuhi kriteria filem yang sebenar, namun sebagai pengarah berpengalaman, dia tidak bersetuju dengan pendapat itu.

Sekarang ini zaman semuanya begitu subjektif, ini soal selera.

“Mael Totey dapat pungutan berjuta-juta ringgit semuanya bersebab… mereka ikut selera penonton.

“Sebahagian besar masyarakat kita dapat menerima Mael Totey, siapa kita untuk menilai!” katanya lagi.

Sekadar info, Mael Totey The Movie mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat Yaya, gadis idamannya.

Tanpa disangka Mael kemudian jatvh cinta kepada guru Bahasa Inggerisnya.

Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Filem itu membariskan Syahmi Sazli sebagai teraju utama, selain selebriti YouTube yang lain seperti Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad dan Aween Ismail.

Filem Mael Totey The Movie boleh ditonton dengan melanggan saluran Astro First 480 selain boleh distrim Astro Go atau On Demand.

 

 

 

 

 

Sumber: mstar