Rider Foodpanda ini terima hadiah motorsikal dari Tengku Permaisuri Selangor

Patah tumbuh hilag berganti. Kisah rider Foodpanda ini pernah tvlar beberapa miggu lalu apaba motosikalnya dicu-ri ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor.

Sedih dan terharu membaca berita itu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada pekerja Foodpanda terbabit, iaitu saudari Nur Athirah Abdul Latiff.

Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.

DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.

Dalam kejadian tersebut,Athirah dipercayai ingin mengambil makanan untuk dihantar dan meletakkan motosikal di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, apabila kembali semula ke kawasan parkir, dia mendapati motosikal Yamaha 135LC miliknya hilang. Motosikal yang baru sahaja dibeli tiga bulan lalu dipercayai telah dicu-ri oleh dua orang lelaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihaknya menerima lap0ran berhubung kehilagan motosikal itu dan kini sedang mengesan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Motoqar