Kemalagan helikopter, ini 10 fakta mngenai “My Heli Club” yang ramai belum tau

Semalam Malaysia dikejutkan dengan berita kemalagan dua buah helikopter yang bertem-bung di udara hingga meng0rbankan 2 nyawa.

Dua helikopter tersebut dipercayai helikopter Guimbal Cabri G2 Rouge dan Bleu buatan Perancis yang dimiliki oleh My Heli Club.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu “My Heli Club”?Jom kita baca mengenai latar belakang helikopter tersebut.

1. Kapten dan ketua instruktur terbang My Heli Club adalah Komandan (Rtd) Mohamed Sabri Baharom, dan Mohamad Ifwan Rawi.(Nota: Kedua-dua mereka mavt dalam nah4s ini)

2. Presiden ‘My Heli Club’ adalah Datuk Ahmad Jauhari Yahya iaitu Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS.

Dalam insiden semalam, Ahmad Jauhari yang memandu helikopter berwarna merah terselamat kerana berjaya melakukan pendaratan ce-mas di sebuah pada sekolah Turut bersama dengan Ahmad Jauhari ketika kemalagan itu ialah seorang wanita bernama Tan Chai Yan.

3. Tujuan ‘My Heli Club’ini ditubuhkan adalah untuk menawarkan platform untuk mereka ingin menjadi juruterbang helikopter yang diperakui dengan harga yang berpatutan.

4.Kelab ini berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, diketuai oleh Ahmad Jauhari dan sebuah jawatankuasa eksekutif yang dianggotai tujuh orang. Ia telah merekrut 28 anggota.

5.Antara ahli kelab itu adalah kapten senior dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan tenaga pengajar yang disahkan oleh Agensi Kesel-amatan Kesatuan Eropah. Mereka mempunyai pengalaman latihan yang luas dan memandu helikopter berjam-jam terbang di Malaysia dan di luar negara.

6.Tujuan lain Kelab ini juga adalah mahu menjadikan penerbangan helikopter lebih selamat dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia dan pengalaman di mana kita dapat pergi ke tempat-tempat yang tidak dapat diakses dengan kenderaan jalan raya

7.Salah satu aktiviti rekreasi kelab ini ialah “Terbang Terbang Cari Makan”, di mana mereka terbang ke Bentong, Pahang, untuk menikmati Lemang To’ki yang popular, Nasi Padang di Tanjung Malim, Perak, makanan laut segar di Lumut, serta mengunjungi ladang dan dusun di Perlis dan Yong Peng, Johor.

8. Pada 19 Ogos 2019, ‘My Heli Club’ telah mendapat kelulusan dari CAAM untuk menawarkan program latihan penerbangan helikopter ‘Lesen Juruterbang Swasta [PPL (H)] ‘kepada ahli.

9.Helikopter Cabri G2 Rouge dan Bleu, yang dimiliki oleh kelab mempunyai ciri keselamatan yang canggih dan sangat sesuai untuk melatih juruterbang baru. Program latihan helikopter inj melibatkan kos sekitar RM180,000 setiap pelajar.

10. Difahamkan program latihan kelab itu dianggap berpatutan dan setelah memperoleh lesen, anda diminta terbang tiga kali setiap tiga bulan. Menyewa helikopter untuk terbang berharga kira-kira RM2,500, dan anda dapat berkongsi dengan empat orang.

Itulah serba sedikit mengenai ‘My Heli Club’ yang baru sahaja ditubuhkan.

Diharap para netizen tidak membuat sebarang spekvlasi kerana punca sebenar kejadian masih dalam sias-atan dan masih menunggu laporan daripada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

 

 

 

 

 

 

Sumber/Foto:Murai/FB My Heli club