Niat Adi Putra ‘demand gaji’ disalah erti

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon hebat ini. Dari watak antag0nis hinggalah romantis, semua pasti diterjemahkan olehnya dengan sempurna.

Namun, baru-baru ini melalui satu hantarannya di laman s0sial Instagram, timbul salah faham dalam kalangan netizen apabila Dato’ Adi Putra berkongsi mengenai harga tinggi yang dikenakannya apabila menerima tawaran berlakon.

Menurut Adi, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan dia ada matlamat yang tersendiri.

“Saya tak nafikan, netizen di media s0sial ada pendapat berbeza mereka. Untuk letakkan harga tinggi atau apa, itu hak masing-masing dan secara tak langsung, saya nak wujudkan kesedaran kepada orang ramai untuk turut sama membantu orang lain.

“Tapi kesimpulannya adalah, bila dah masuk bulan November ini, jumlah orang yang hidup susah semakin meningkat dalam tempoh kr1sis Covid-19 ini dan niat saya adalah untuk membantu,” katanya. 

Sebahagian dari k0men netizen yang menghetam Adi

Tambah Adi, dia juga ada memuat naik satu lagi hantaran di platform sama selepas kenyataan pertamanya disalah erti.

“Selepas muat naik hantaran pertama, saya ada muat naik hantaran kedua menjelaskan tujuan saya iaitu untuk menyalurkan 100 peratus bayaran yang diterima itu kepada mereka yang memerlukan dan terkesan,” katanya.

Tambah pelakon yang berasal dari Singapura itu, dia juga sudah memulakan kerja-kerja memberi sumbangan sejak Mac lalu, namun tidak dihebahkan kerana tidak mahu timbul sebarang salah faham.

“Ada yang memerlukan bantuan dalam bentuk wang tunai dan ada juga yang perlu bantuan dalam bentuk barangan kegunaan harian. Semuanya, kami cuba usahakan sedaya mungkin untuk membantu.”

Kata Adi, setiap hari dia menerima lebih 2,000 mesej di IG daripada individu-individu yang memerlukan bantuan, bukan sahaja dari Lembah Klang, tetapi bantuan turut disalurkan kepada penduduk di beberapa negeri di seluruh Malaysia.

Sabar jelah Adi, bukan senang nak puaskan hati semua orang, cukup lah Allah saja yang tau niat sanubari kita. 

 

 

 

 

Sumber:HM