Raih lebih 7ribu perkongsian di Facebook, wanita ini tak sanggup lihat sepupu suami isteri di ICU,anak masuk wad

Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul.

Dek kerana itulah, seorang wanita,Emmy Farhany Ahmad,41 berkogsi rasa kesedi-hannya di Facebook apabila mendapat berita sepupunya,Fatin Atikah Munzahit, 26, dimasukkan ke ICU Isnin akibat jagkitan kvman dalam dar-ah.

Bukan itu sahaja, terdahulu, suami Fatin, Aizameen Haqim Abd Razak, 27, telah dimasukkan ke ICU pada 30 Oktober lalu selepas mengalami sempvt kr0nik dan kini dilaporkan masih k0ma.

Lebih menyed-ihkan lagi apabila anak bongsu mereka, Fitiya Ariana yang berusia dua bulan turut dimasukkan ke dalam wad akibat ci-rit bi-rit dan na-jis berda-rah sementara anak sulung pasangan ini, Firash Aedrian, 2, mengalami ekze-ma kini dijaga oleh ibu saudara kanak-kanak itu, Nur Shuhaila Mazlan,28.

Bercerita lanjut, Emmy yang menetap di Cyberjaya berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Fatin adalah pada Khamis lalu ketika pulang ke kampung untuk menjenguk keadaan ibunya yang tidak sihat.

“Saya sempat singgah ke rumah keluarga Fatin di Kampung Surau Batu, Paya Dalam, Melaka dan nampak keadaannya (Fatin) tidak bermaya.

“Dia (Fatin) ada beritahu saya jiwanya kosong tetapi kami tidak bersembang lama dan Isnin lalu, saya dimaklumkan abang Fatin yang adiknya itu dimasukkan ke ICU.

“Masalah kesiha-tan dihadapi Fatin ada kaitan dengan teka-nan emosi dihadapi selepas suaminya k0ma. Apa yang saya tahu, suami Fatin pula mengalami masalah sempvt kr0nik dan paru-paru,”katanya lagi.

Emmy berkata, buat masa ini, keadaan Fatin dilap0rkan stabil tetapi hanya dua ahli keluarga dibenarkan melawat pada satu-satu masa.

“Manakala, suami dan anak bongsunya tidak boleh menerima kunjungan pelawat termasuk ahli keluarga ketika ini kerana masih dalam pemanta-uan d0ktor.

“Tiada apa yang saya sekeluarga harapkan kecuali melihat mereka segera sembuh dan disatukan semula,” katanya.

Menurut Emmy, niatnya berkongsi kisah itu di Fb adalah untuk mengharapkan doa daripada rakannya tetapi terkejut apabila hantaran berkenaan turut mendapat perhatian warganet.

“Hantaran berkenaan dimuat naik dengan harapan rakan Fb yang melihatnya dapat mendoakan sepupu saya,Fatin dan bayinya kembali sihat serta ada sinar harapan untuk suaminya sedar.

“Tak sangka, perkogsian itu mendapat perhatian warganet dan bagi pihak keluarga, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi kata semangat walaupun tidak mengenali Fatin mahupun suaminya,” ujar Emmy.

 

 

 

 

 

Sumber:HM