Haqiem Rusli kongsi punca menang besar di ABPBH 33

N4fi guna duit untuk pancing undi, pemenang anugerah Bintang Paling Popular di ABPBH 33,Haqiem Rusli mengatakan kemenangan nya ialah kerana undian adalah dari peminatnya yang sudah dianggap seperti keluarga.

Qiemilio memang nak tengok saya menang untuk kategori utama ini. Kemenangan ini adalah berdasarkan undian dan saya harus memberikan kredit kepada Qiemilio yang berusaha keras untuk memastikan kemenangan ini.

“Tahun ini kemenangan adalah milik saya dan diharapkan tiada pihak yang mempertikaikannya. Harap tiada yang bergadvh sebaliknya saling memberikan sokongan,” kata Penyanyi, komposer dan penulis lirik Haqiem Rusli.

Memenangi Bintang Paling Popular di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH 33),Haqiem berkata, dia terbuka dengan sebarang ke-caman atas kemenangan yang diperoleh kerana masing-masing mempunyai pendapat.

“Saya pernah lalui kec-aman yang lagi teruk. Jadi keca-man mengenai isu ini adalah satu perkara yang biasa. Lagipun mereka ada pendapat masing-masing.

“Apapun keca-man yang diterima saya reda. Apa yang penting saya tahu apa yang saya buat. Saya dengar dan belajar daripada segala kesi-lapan serta sentiasa perbaiki diri menjadi lebih baik,” ujarnya.

Haqiem yang baru berusia 22 tahun itu memperoleh undi sebanyak 22,332,676 undi sepanjang tempoh undian ABPBH 33 dibuka sejak awal bulan lalu hingga 8 November lalu.

Dalam pada itu, Haqiem yang turut memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia menyaksikan penyanyi itu meme-cah dominasi Khai Bahar yang memenangi kategori itu selama tiga tahun berturut-turut.

 

 

 

Sumber: myartis