“Saya tidak mempunyai pilihan untuk mendapatkan duit kecuali dengan menjual televisyen ini,” itu kata Mohd. Nasir Din, 38, yang bercadang menjual barangan televisyen jenama Sharp berukuran 29 inci yang diberikan oleh kakaknya itu dengan harga RM100 kerana kesem-pitan hidup.
Menurut Mohd. Nasir, dia tinggal bersama isterinya, Suhaida Mohd. Ghazali, 33, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) masa-lah pertu-turan.
Dia kehil-angan sumber pendapatan selepas tidak lagi bekerja di bengkel besi kerana pergelangan tangan kiri nya pat-ah akibat terjatvh semasa memasang bumbung di sebuah rumah di daerah kira-kira dua bulan lalu.
“Saya dan isteri pernah tidak makan nasi selama kira-kira seminggu kerana tidak mempunyai wang untuk membeli beras sementara menanti isteri yang bekerja di kilang mendapat gaji pada hujung bulan,” katanya lagi.
Selain itu, Mohd. Nasir memberitahu, dia juga perlu mencari wang sebanyak RM2,600 untuk memasang besi pada pergelangan tangan kirinya yang pa+tah itu dalam masa terdekat ini.
Pada masa sama, Mohd. Nasir berkata, dia turut membantu isterinya menjual kerepek dan ikan pekasam yang diambil daripada rakan-rakan bagi menjana pendapatan tambahan.
“Isteri saya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu pasangan ini boleh menghubungi mereka di talian 010-8018 540.
Sumber:Kosmo