8 bulan terp1sah kerana Covid19, hujug hayat Mak dah tak tanya bila ayah nak balik

Tiada apa yag lebih menyayat hati apabila SUAMI  cuma dapat melihat sekujur tubuh isteri yang amat merinduinya sudah tidak bernyawa lagi.

Selama ini suami di Singapura manakala si isteri pula setia menunggu di Johor . Selepas lapan bulan terpisah , pasangan ini kembali bertemu dalam situasi berbeza dan sangat menyayat hati.

Momen sebak itu diceritakan, Nija Tahar anak kepada pasangan ini menerusi satu perkongsian di Facebooknya sehingga mengundang si-mpati netizen.

Berdasarkan posting wanita itu di Facebook, ibunya, Saniah Arshad terpisah dengan bapanya yang juga warganegara Singapura disebabkan penutupan pintu sempadan negara sebagai usaha membendung penvlaran wa-bak Covid-19.

Kali terakhir ibu bapanya bertemu adalah pada sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini pada Mac lalu.

“Masa tu aku hantar ayah untuk kuarantin di Singapura memandangkan ayah adalah warganegara Singapura. Mak bye-bye ayah kat balkoni dengan menyimpan harapan bertemu kembali selepas dua minggu kuarantin dijalankan,” tulisnya.

Sejak hari itu Nija berkata harapan ibunya untuk berjumpa semula dengan bapanya selepas dikuarantin selama dua minggu tidak kesampaian.

“Dari minggu ke minggu, bulan ke bulan, mak terus berharap untuk ayah pulang. Setiap kali video call, mak mesti menangis dan tanya bila ayah boleh balik.

“Setiap kali tu kami akan pujuk mak suruh bersabar dan doa banyak-banyak. Sampailah di hujung-hujung hayat mak bila video call mak dah tak tanya lagi bila ayah nak balik,” katanya

Bagaimanapun, Nija berkata ibunya ada memberitahu bapa mereka bahawa dia tetap akan setia menunggu kepulangan suaminya itu.

 

“Mak cakap ‘Ani akan tunggu abang balik’ ayat tu sedikit melegakan ayah. Ayah cakap kat aku dengan harapan mudah-mudahan tahun baru nanti ada pelepasan pada orang macam ayah.

“Ayah nak pulang jumpa mak. Ayah cakap tak dapat balik Singapore lagi sampai bila-bila pun tak apa. Ayah nak jaga mak. Tapi kami tak sangka mak akan pergi secepat ni,” katanya.

Menurut Nija lagi, ibunya menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Jumaat lalu.

“Mak tak ada sa-kit tenat, mungkin mak tak nak susahkan semua orang.

“Alhamdulillah mak pergi dengan tenang, di hari Jumaat, hari yang dia selalu idam-idamkan,” katanya.

Pada masa sama, Nija berkata dia cukup kagum dengan bapanya yang kelihatan tenang sebaik melihat jas-ad ibu mereka.

“Ayah sangat tenang, dalam hati ayah hanya Allah je yang tahu tapi air mata ayah gu-gur melihat ja-sad mak.

“Ayah kuat sebab ayah nak anak-anak dia sekuat dia dan terima takdir Allah. Tapi ayah, anak-anak ayah tak sekuat ayah,” tulisnya.

Nija berkata bapanya tetap menjalani kuarantin wajib selama dua minggu sejurus selepas pengebvmian ibunya.

“Semalam (Jumaat) selepas pengebvmian mak, ayah terus dibawa kuarantin dua minggu. Aku tak dapat bayangkan keadaan ayah dan adik aku yang masih dikuarantin di Singapore.

“Semoga mereka terus kuat dan tabah. Semoga Allah anugerahkan mereka kekuatan yang luar biasa. Cinta, kasih dan sayang mak dan ayah sangat luar biasa.

“Semoga kami akan berjumpa mak semula di syurga. Kami sayang mak sampai syurga. Al-Fatihah,” tulis Nija.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:mstar