Pemenang kategori Pelakon TV Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33), Ben Amir
melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas ucapan tahniah daripada orang ramai.
Malah Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 30, berkata dia turut menerima ucapan istimewa daripada Daiyan Trisha melalui panggilan telefon.
“Ini satu penghargaan untuk saya yang sudah lama berlakon. Tapi bagi saya ia adalah satu permulaan kerana banyak lagi watak yang saya inginkan.
“Daiyan Trisya pun ada ucap tahniah, sweet… dia ada call dan text, ” ujarnya.
Menjawab g0sip hubungan istimewanya dengan Daiyan Trisha,Ben bagaimanapun mena-fikan perkara ini dan menganggap aktres itu sebagai rakan industri.
“Kami kawan rapat, kita dalam industri yang sama dan saya pun banyak belajar daripada dia. Buat masa sekarang saya pun masih kenal-kenal je dengan dia.
“Belum serius bercinta… kita masih nak kenal antara satu sama lain, ” katanya.
G0sip mengenai hubungan Ben dan Daiyan mula tercetvs apabila dilihat makan berdua di sebuah restoran dalam keadaan santai.
Sumber:mstar