Angah timang puteri ketiga

Pelawak, pelakon dan juga penyampai radio, Angah Raja Lawak berkongsi khabar berita gembira apabila memaklumkan isterinya, Amira Asyura Abdul Razak telah selamat melahirkan anak kedua mereka.

Perkahabaran tersebut dikongsikan Angah menerusi satu hantaran di Instagram.

Bintang ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi yang baru lahir.

“Alhamdulilah syukur bidadari saya selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel mcm bapaknya.

“Terima kasih semua atas doa2 dan ucapan kalian semua ya.. #keluargaiskandar

#3puteri @asyuraazak @nurrinafassha,” tulisnya.

Angah atau nama sebenarnya Iskandarshah Hashim mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Amira pada 19 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisyah, yang sudah hampir mencecah 2 tahun.

Angah juga memiliki seorang anak perempuan bernama Nurina Fasya, 17 hasil dari perkahwinan nya terdahulu.

Foto: Instagram Angah

 

 

 

 

 

Sumber:MH