Kronologi jagkitan: Alif dihubungi KKM untuk buat ujian sarigan ketika dalam penggambaran di Melaka

Pengurus kepada Alif Satar, Adlina Abu Bakar memaklumkan selepas disahkan positif Covid-19, penyanyi dan pengacara itu kini menjalani rawa-tan dan kvarantin di sebuah hospital di Melaka.

Menurut Adlina, Alif berada di Melaka kerana terlibat dengan sebuah penggambaran drama dan mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.

Bercerita tentang kronologi jangkitan itu, Adlina memberitahu, pelakon drama Dia Semanis Honey itu dihubungi pejabat kesihatan yang memaklumkan dia merupakan kontak rapat kepada seorang pes4kit Covid-19 yang juga ahli keluarga terdekatnya.

“Alif bertemu dengan individu tersebut pada malam Selasa lalu.

“Saya juga merupakan kontak rapat kepada pes-akit tersebut dan perlu melakukan uj1ian sarigan.

Namun begitu, Adlina masih menuggu lagi keputusan ujian sarigannya.

Tambah Adlina, Alif akan menjalani kuarantin di Melaka selama 10 hari bermula semalam.

Dalam pada itu, Adlina turut meminta agar semua pihak mendoakan kesihatan Alif dan dirinya sepanjang tempoh kuarantin tersebut.

Hari ini, penyanyi yang baru membuat persembahan semasa Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 pada Jumaat lalu memaklumkan dia disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut dikongsikan Alif menerusi Instagramnya yang turut disertakan dengan sekeping gambar menunjukkan dia memakai baju pesakit hospital.

 

 

 

 

Sumber:Kosmo