Pilih tarikh 26 November, Radin Era sudah terima ucapan tahniah

Takde angin takde ribut, tiba-tiba pengacara dan Penyampai radio Era Radin menerima ucapan tahniah gara-gara memuat naik satu tarikh yang disangkakan dia bakal mengikat tali pertunangan ataupun dengan teman wanitanya, Azlina Idris.

Sebaliknya menurut Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy, 30, 26 November ini merupakan tarikh dia memulakan perniagaan perkhidmatan penghantaran barangan bersama J&T Express.

“Sebenarnya saya saja post tarikh tu di laman s0sial tapi tak sangka ramai yang bertanyakan perkara itu.
“Saya akan membuka perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express bersama seorang rakan di Denai Alam, Shah Alam.

“Permulaannya saya rancang untuk menceburkan diri dalam perniagaan makanan tetapi apabila memikirkan permintaan terhadap pembelian online cukup tinggi, jadi kami sepakat untuk membuka courier service,” ujar Radin ketika dihubungi.

Tambah Radin lagi, melihat pada situasi p4ndemik yang melanda, dia bersyukur apabila dapat berkongsi rezeki dengan orang ramai.

“Bila saya buka iklan jawatan kosong, ada yang berkelulusan sarjana memohon pekerjaan di kedai saya. Bayangkan situasi sekarang membuatkan orang tak kisah dah tentang tangga gaji asalkan ada.

“Pada masa yang sama, saya gembira dapat tawarkan peluang pekerjaaan kepada mereka yang memerlukan walaupun ia tidak seberapa,” jelasnya.

Melihat ruangan laman s0sial dan mesejnya dipenuhi ucapan tahniah, Radin turut berasa bersyukur apabila ramai yang mengambil berat dan mendoakan kebahagiaan dirinya.

“Ramai kawan yang dah ucap tahniah, ingatkan saya berkahwin. Pada masa yang sama saya rasa terharu, restu kalian semua sentiasa bersama saya,” ujarnya lagi.

Pada tengah malam tadi, Radin mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik satu hantaran tertera tarikh 26 November.

Lagi menimbulkan tanda tanya apabila dia menutup ruangan k0men pada hantaran tersebut.

 

 

 

 

 

Sumber: Astro