Kelmarin buat persembahan di Semifinal Muzik-muzik, hari ini Alif Satar umum positif Covid19

Terkini penyanyi dan pelakon Alif Satar menyampaikan khabar kurang baik apabila mengumumkan dirinya positif COVID-19.

Berita itu dimaklumkan Alif menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Posting itu juga turut disertakan dengan foto Alif memakai pakaian hospital.

Ironi, Alif baru selesai membuat persembahan di pentas semifinal Muzik Muzik 35, kelmarin untuk lagu I want you to love me. 

Menurut Alif, dia reda dengan dvgaan yang diberikan dan perkara utama terlintas difikiran adalah keadaan keluarganya.

“Assalamualaikum… Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa uji4n sarigan covid-19.

“M4langnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif di dapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejvtkan dan mendvkacitakan.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif,” tulisnya.

Alif juga memaklumkan dia kini sedang menjalani proses kvarantin.

“Alif telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini.

“Alif mohon doa semua agar diberikan kesem-buhan dan kekuatan untuk menempuhi du-gaan Allah S.W.T.

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemvdaratan… p/s Alif sekarang menjalani proses kuarintin,” coret Alif.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan Alif.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak