Dikatakan mahu bolot harta Allahyarham Mejar Zahir, “Itu hak saya sebagai bapa”- AR Badul

Negara pernah digeparkan dengan berita kem4tian anak pelawak dan pelakon veteran AR Badul, iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya yang m4ut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawi, Sabah pada 4 September 2019.

Kini, selepas lebih setahun kem4tian anaknya, AR Badul tidak berselindung bahawa haknya sebagai bapa din4fikan oleh beberapa pihak tertentu.

Cerita Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, keadaan itu berlaku kerana mereka jarang bertemu selepas dia dan bekas isteri yang kini menetap di Sabah, Rusunjan Mohammad membawa haluan masing-masing.

“Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia.

“Tapi anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka… ini benar-benar terjadi,” demikian luahan Badul.

Ujar Badul, yang lebih mengec-ewakan apabila kisah kere-takan rumah tangga serta hubungannya dengan anak-anak dijadikan alasan untuk men4fikan haknya ke atas harta peniggalan arwah Mohd Zahir .

“Apabila terjadi perkara begini (kema-tian Mohd Zahir), pihak sana (bekas isteri) mengatakan saya tidak ambil tahu (tentang anak).

“Tapi saya bapa dia… pihak ATM juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah insurans pun kata saya tak layak,” katanya.

Sebelum ini Badul pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kema-tian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilagan hak. Jadi selepas memikirkan mengenai hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

“Tapi yang saya nak inkues sekarang ini ialah sebagai bapa… dia larag saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.

Tambah Badul lagi, dia tidak berniat untuk membolot harta peniggalan arwah Mohd Zahir namun sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan (hak) ayah.

“Macam dise3kat, konon saya tak ambil tahu fasal anak sejak kecil… (kena ingat) saya ni bapa dia.

“Mungkin banyak cerita bvruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan (didik) anak menjadi manusia… kata dialah,” ujar Badul.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meniggal dunia akibat terkena temba-kan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Nour Shafinar Harun, 32, dan lima orang anak termasuk dua daripada perkahwinan terdahulunya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar