Wajah bengkak lepas picit ‘blackhead’ di hidung

Seorang ibu muda, Mary Ann Regacho,17, berkemungkinan bvta akibat satu peyakit m1steri selepas dia memicit satu tompok kecil seakan-akan ‘blackhead’ di hidung­nya kira-kira setahun lalu.

Sejak insiden itu, wajah Mary didakwa berubah dan membengkak sehingga dia sukar untuk dikenali, lapor The Sun UK kelmarin.

Menurut laporan, remaja dari wilayah Nueva Ecija itu pada awalnya meyangka ‘balckhead’ berkenaan cuma satu ketumbuhan biasa disebabkan perubahan hormon selepas dia melahirkan bayi lelaki pada usia 16 tahun.

Bagaimanapun, selepas memicitnya, hidungnya menjadi sakit selama beberapa hari sebelum begkak dan mula merebak ke muka.

“Saya rasa muka menggelembung seperti belon,” ujarnya lagi.

Ketumbuhan m1steri pada wajah ibu muda itu sudah menutupi hampir keseluruhan mukanya dan dilaporkan mula memberi kesan kepada kedua-dua mata­nya.

Ann Regacho cuba meraw-at masalah muka begkak dengan menggunakan ubat-ubatan herba di rumahnya, namun usaha tersebut gagal.

“Saya ingatkan jerawat biasa tetapi ia amat menyakitkan sehingga tidak dapat tidur malam. Saya sudah cuba pelbagai cara untuk meraw-atnya tetapi tiada yang berhasil. Saya bimbang wajah saya tidak akan kembali normal,” katanya.

Suaminya, Albert Sales yang bekerja sambilan di ladang jiran tanpa sumber pendapatan tetap menyatakan mereka sebenar­nya tidak mampu mendapatkan raw-at­an hospital.

Pasangan muda itu pernah memeriksa masalah wajah bengkak Ann Regacho di sebuah hospital di daerah berkenaan tetapi petugas perubatan gag-al mengenal pasti peyakit tersebut.

Sales merayu sumbangan orang ramai untuk memboleh­kan dia membawa isteri mendapatkan rawatan di hospital besar yang lebih sesuai. – Agensi

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo