2 tahun menduda, Sam Bunkface kembali bergelar suami

Penyanyi kumpulan Bunkface, Sam, 33, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi malam tadi selepas hampir dua tahun menduda.

Berita gembira ini dikongsi penyanyi bernama sebenar Shamsul Annuar Mohd Baharom ini di Instagram peribadinya sekitar jam 8 malam tadi.

Menerusi perkongsiannya, Sam turut meminta peminat mendoakan perkahwinan mereka.


“Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah,” katanya.

Perkongsian itu disambut gembira oleh rakan-rakan artis dan peminat yang mendoakan agar perkahwinan mereka kekal buat selama-lamanya.

Sam sebelum ini pernah berkahwin dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin, 33, pada 25 April 2015, namun berpisah pada hujung Januari 2019.

Menerusi perkahwinan itu,Sam dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Maleeq, 3.

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM