PELAKON Ezzaty Abdullah, 30, yang membawakan watak Farhana dalam drama rantaian popular TV3, Cinta Sekali Lagi, meluahkan rasa lega apabila dia dan pembantu peribadinya berada dalam keadaan selamat setelah terlibat dalam satu Kemalagan jalan raya awal pagi ini.
Namun Ezzaty menjelaskan yang kemalngan itu berlaku bukan disebabkan megantuk tetapi terjadi apabila Ezzaty yang memandu kereta cuba menge-lak daripada lori dan kereta dari belakang.
“Allahuakbar, first time kereta kena towing sebab accidnt sendiri laggar peghadang jalan. Habis shooting pukul 1 pagi dari pukul 9 pagi tadi. Lepas tu accid3ent pula.
“Alhamdulillah nasib baik saya dan PA (pembantu peribadi) tak apa-apa. Saya yang drive tapi accid-ent bukan sebab mengantuk ye. Tak dapat nak elak divider (pembahagi jalan) tu sebab nak elak lori dan kereta kat belakang,” tulisnya di instagram miliknya.
Ezzaty yang popular menerusi drama bersiri Cinta Sekali Lagi ini tetap berfikiran positif dan menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya.
“Esok calltime 7pagi di Sekinchan dan malam di Ampang. sekarang 3.38 pagi baru settle everything dan mandi. Jom tido 30 minit (syukur ada masa kejap untuk rehat) kejap lagi 4 pagi nak bangun mandi lagi untuk pergi kerja!
“Perjalanan dua jam juga nak ke Sekinchan. Bukan mudah nak senang, harap semuanya ada hikmah dan hasil. Amin,” luahnya lagi.
“Saya okay saja. Kereta saja tak tahu lagi macam mana. Doakan agar segalanya dipermudahkan ya. Terima Kasih,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
Semoga Ezzaty berada dalam keadaan baik-baik saja dan berhati-hati di jalan raya.
Sumber: Wilayahku