“Yes, I’m pregnant again”- Ayu Raudhah h4mil anak kelima

Bersempena dengan ulang tahun kelahiranya, pelakon jelita Ayu Raudhah memaklumkan dirinya kini sedang h4mil anak kelima.

Berita gembira itu disampaikan adik kepada aktres, Rozita Che Wan ini menerusi salah satu hantaran di Instagram.

Serentak dengan pegumuman itu, peminat terus menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pelakon berusia 36 tahun itu selamat melahirkan cahaya mata kelimanya.

Ayu telah 9 tahun mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak.

Diijabkabulkan pada 20 Januari 2011, keduanya kini telah pun dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, setahun.

 

Foto: Instagram Ayu Raudhah