Tak mahu jadi juara GV, Oja tak sangka doa dimakbulkan

Demam Gegar Vaganza 7 nampaknya masih lagi belum reda. Walaupun telah menobatkan Cliff Umar sebagai juara, masih ada suara-suara yang mempertikaikan keputusan tersebut.

Selain Mus May diramal menjadi juara, prestasi konsisten Oja setiap minggu juga membuatkan dirinya menjadi pilihan peminat sebagai calon juara.

Namun entah di mana silapnya, Oja hanya berjaya menduduki tempat keenam.

Ketika ditanya mengenai keputusan tersebut, Oja megulas “Sebenarnya, ramai yang harapkan saya jadi juara tetapi saya sendiri takut nak jadi juara. Saya selalu berdoa kalau memudaratkan, janganlah jadikan saya juara. Makbul pula doa saya,” ujar Oja berseloroh.

Memetik dari portal K0piplanet, Oja berkata, pada mulanya dia menolak untuk menyertai GV7 kerana berasakan belum bersedia dan tiada keyakinan untuk bersaing dalam sebuah pertandingan yang besar.

Menurut pemilik asal nama Daninas Huza Daud ini, dia pernah dua kali men0lak untuk menyertai program realiti Gegar Vaganza 7 (GV7) biarpun mendapat sokongan daripada mereka yang rapat dengan dirinya, sehinggalah dia menerimanya pada tawaran yang ketiga.

“Sebenarnya ini merupakan tawaran yang ketiga. Untuk dua tawaran sebelum ini memang saya t0lak dan untuk kali ketiga dah ada gerak hati bahawa mungkin ini peluang saya.

“Kemudian saya bertanyakan pandangan ahli keluarga termasuk isteri dan mereka memberikan sokongan yang padu. Akhirnya saya terima setelah memikirkan ia juga penting dalam kerjaya saya,” jelasnya.

“Sebenarnya sebelum ini memang ada hasrat untuk menyertai GV, tetapi keyakinan tu belum ada lagi sebab ia sebuah program besar yang memerlukan mental dan fizikal yang kuat.

Sepanjang dua dekad berjuang dalam muzik, Oja yang pernah popular dengan lagu Dasira pernah merakamkan tiga buah album, yang mana album terakhirnya berjudul Kerangka pada 1996 ketika berusia 14 tahun.

Tak kisahlah Oja nombor berapa pun, rasanya comeback Oja ni menjadi. Semoga terus sukses di masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo