Pengunjung diminta patuhi SOP, jangan jadikan Port Dickson zon merah sekali lagi

Sebaik sahaja kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri,orang ramai dilihat mula menghabiskan cuti hujung minggu di pantai Port Dickson.

Susulan itu, orang ramai yang berkunjung di sekitar pantai peranginan Port Dickson dinasihatkan supaya terus berwas4ada dan mengamalkan norma baharu dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Kesela-matan Negara bagi memutuiskan rantaian Covid-19.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertind4k Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pematuhan SOP adalah vaksin yang paling berkesan untuk melindungi diri dan ahli keluarga masing-masing.

Beliau juga mengingatkan bahawa daerah Port Dickson masih lagi dalam kawasan Perint4h Kawa-lan Pergerakan Bersy4rat (PKPB) sehingga 20 Disember ini.

“Pada Sabtu dan Ahad lalu, pantai Port Dickson mula dikunjungi orang ramai apabila kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri.

“Sehingga semalam, terdapat 28 k3s aktif Covid-19 di Port Dickson dan daerah itu telah diisytiharkan sebagai kawasan jingga dengan jumlah kumulatif sebanyak 235 k3s positif Covid-19.

“Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP iaitu memakai pelitup muka, jaga jarak satu meter, cuci tangan dan elakkan bersentuhan seperti bersalaman serta dilarag berkumpul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar beliau lagi, “Harus diingat, Port Dickson juga pernah mencapai status zon merah Covid-19 dan kita berharap kedudukan itu tidak berulang pada masa akan datang,”.

Akhir sekali, Veerapan juga meminta orang ramai supaya menjaga kebersihan dan tidak membuag sampah merata tempat di pantai peranginan itu.

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM