Memiliki 2.48M subscriber, Syahmi Sazli tercicir dalam senarai Youtuber popular Malaysia

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi untuk tahun 2020 bakal melabuhkan tirai. Seperti kebiasaan menjelang tahun baru, saluran video terbesar di dunia, YouTube pasti akan mengeluarkan senarai tahunan mereka.

Senarai yang dikeluarkan adalah bagi memperlihatkan 10 content creator paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2020.

Apa yang menge-jutkan pada tahun ini ialah ,melalui senarai yang dikeluarkan oleh YouTube, ia diterajui oleh Isa Isarb yang mana content creator itu sering berkongsi video eksperimen s0sial, selain turut menerbitkan video lagu pada tahun ini.

Perlu diingatkan senarai Youtuber yang dikeluarkan itu tidak termasuk dalam syarikat-syarikat pengeluar dan ianya hanya fokus kepada golongan individu yang digelar Youtuber atau Content Creator.

Jom kita semak senarai penuh senarai Youtuber paling popular di Malaysia untuk tahun 2020 ini di YouTube:

1) Jess No Limit (19.6M Subscriber)

2) Alieff Irfan (3.01M Subscriber)

3) Isa Isarb (1.8M Subscriber)

4) Bella Khan (1.06M Subscriber)

5) Isaac Osman (940K Subscriber)

6) Cikidot Channel (911K Subscriber)

7) Ebit Lew (903K Subscriber)

8) Che Nom (872K Subscriber)

9) Sugu Pavithra (811K Subscriber)

10) Azfar Heri (575K Subscriber)

Namun yang menjadi kehairanan ialah dalam 10 nama yang tersenarai itu, nama YouTuber terkenal, Syahmi Sazli langsung tidak tersenarai malah jika nak dibandingkan dengan jumlah subscriber, Syahmi antara YouTuber yang mempunyai sangat ramai pengikut iaitu sebanyak 2.48 juta subscriber!

Tambahan pula jumlah tontonan kini telah mencapai sehingga 300 juta views dan pelbagai kejayaan juga telah di capai termasuk menghasilkan filem sendiri.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan semua kejayaan Syahmi bermula di YouTube.

Apakah punca Syahmi tidak disenaraikan sebagai 10 content creator paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2020? Mungkin YouTube ada alasannya yang tersendiri.

Apa-apapun tahniah kepada semua yang tersenarai!

 

 

 

 

 

Sumber : YouTube via Sinar Harian