Aprena Manrose nak berkongsi kasih dengan Emma Maembong

Umum mengetahui pelakon Emma Maembong baru sahaja dikurniakan cahaya mata. Baru-baru ini,sepupu Emma, iaitu dramatis Aprena Manrose ada datang melawat Emma dan perkara tersebut dikongsikan di dalam laman Instagram mereka.

Dalam hantaran tersebut, Aprena memuat naik dua keping foto yang memaparkan dia meletakkan anak sulung Emma Maembong, Shariq dia atas badannya.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah kapsyen yang ditulis Aprena telah menyentuh hati netizen.

Membaca perkongsian Aprena tersebut membuatkan peminat turut mendoakan agar Aprena dan suami nya dikurniakan cahaya mata.

Sekadar info, Aprena mendirikan rumahtangga dengan Mohd Afiq Hazman pada November 2016.

Semoga urusan dan usaha Aprena untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas empat tahun berkahwin dipermudahkan.

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo