Rupanya pelumba muda ini anak bujang tunggal Alex Yoong dan Arianna Teoh

Sekitar 2 dekad lepas,pelumba kereta negara, Alexander Charles Yoong Loong atau lebih dikenali dengan nama Alex Yoong digilai oleh ramai wanita kerana rupanya yang kacak.

Berd4rah kacukan hasil perkahwinan ibu beliau yang berasal dari Eropah, Joanna Bean dan bapanya, lelaki berbangsa Cina bernama Hanifah Yoong Yin Fah, Alex Yoong memulakan kerjayanya sebagai pelumba kereta seawal usia 16 tahun.

Pada tahun tahun 2002, Alex berkahwin dengan bekas Ratu Malaysia dan model, Arianna Teoh dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2003.

Sekadar info,Arianna pernah berada di kedudukan 10 teratas dalam pertandingan Miss World pada tahun 1997.

Ada khabar angin yang mengatakan pasangan ini sudah bercerai, namun kedua pihak masing-masing mengunci mulut.

Rupanya anak tunggal pasangan ini  merupakan seorang pelumba muda yang sedang mencipta nama dalam sukan pemotoran.

Alister Yoong berjaya mengikut jejak bapanya dalam menceburi sukan permotoran seperti Formula 4 SEA dan selalu juga muncul juara dalam beberapa perlumbaan Go Kart.

Alister pernah muncul juara perlumbaan Formula 4 SEA 2019 Pusingan kelima yang berlangsung di Litar Sukan Permotoran Madras (MMSC).

Menerusi Instagram Alex, dia sering bersama anak tunggalnya itu yang kini sudah berusia 18 tahun. Jika remaja ini bergambar bersama bapanya, ramai yang fikir mereka seperti adik-beradik kerana penampilan Alex yang sentiasa nampak muda.

Wah, nampaknya Alister bukan sahaja mewarisi ketampanan bapanya, tapi juga bakat yang dimiliki. 

Mesti ramai peminat juga nih! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:murai