Media antarabangsa pilih Mira Filzah calon 100 wanita tercantik

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah menerima pencalonan sebagai 100 Wanita Tercantik 2020 oleh TC Candler, sebuah media bebas antarabangsa.

Menariknya,pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah binti Badioezaman merupakan antara figura bertudung yang menerima pencalonan tersebut.

Seorang lagi selebriti bertudung yang menerima pencalonan merupakan selebriti media sosial kelahiran Magribi bernama Ihssane Benalluch.

Mira, 27, menerima pencalonan bersama bintang antarabangsa popular lain seperti Billie Eilish, Millie Bobby Brown, Kerry Washington dan Bella Hadid.


Pengumuman tersebut yang diumumkan menerusi Instagram rasmi TC Candler menerima lebih 15 ribu tanda like yang rata-rata memberi sokongan buat selebriti kelahiran Malaysia itu.

Sebelum ini,pelakon Fattah Amin turut menerima pencalonan 100 Lelaki Paling Kacak 2020 ,juga dianjurkan oleh TC Candler.

 

 

 

 

Sumber:Kosmo