Foto terkini bayi kembar 8 yang pernah menggmparkan dunia

Tahun 2009. Dunia dikejvtkan dengan satu berita yang jarang sekali berlaku, bilamana seorang ibu,Nadya Suleman mampu melahirkan bayi kembar seramai lapan orang dengan selamat. Sejak itu Nadya dikenali dunia dengan nama Octomom.

Walaupun sudah hampir dua dekad berlalu, dan kanak-kanak itu sudah menjangkau umur 11 tahun, menurut Nadya anak-anaknya itu masih mendapat perhatian.

Malah Nadya turut berkongsi gambar lapan anak-anak bongsunya di media s0sial sambil tersenyum semasa keluar bersama.

Menerusi akaun Instagramnya, Nadya turut berkongsi nama anak-anak bongsunya iaitu Nuh; Yunus; Yeremia; Yosia; Yesaya; Makai; Nariyah dan Maliyah.

Terdahulu, lapor laman Worldation, Nadya telah berkahwin pada tahun 1996 dengan Marcos Gutierrez, tetapi kemudian bercerai pada tahun 2000.

Ketidakupayaannya untuk memiliki anak yang menjadi salah satu pencetus perceraian membuat dia mengambil keputusan untuk memulakan program Persenyawaan in vitro (IVF).

Hasilnya, Nadya berjaya mendapatkan 6 orang anak dari 5 embrio yang ditanamkan di rahimnya secara berturut-turut sejak tahun 2001.

Berhajat ingin menambah satu bayi lagi, Nadya kemudian memutuskan untuk kembali menjalani program IVF berkali-kali. Hasilnya, bukan hanya satu yang dia dapat, tetapi 8 bayi kembar sekali gus dari 6 embrio yang ditanam ke dalam rahimnya.

Kini,menurut akhbar New York Times, Nadya sudah mempunyai 14 orang anak dan dia secara berkala mendokumentasikan kehidupan keluarganya di Instagram.

 

 

Sumber: @MattfromKC via SHplus