Singa,harimau putih jadi tariikan di Zoo Negara

Pembukaan semula Zoo Negara sejak kelmarin mendapat sambutan hangat dari orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat si­nga dan harimau putih, panda serta zirafah yang menjadi tarikan ketika ini.

Zoo Negara yang terjejas selepas terpaksa ditutup ekoran Pe­rintah Kawa-lan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak lebih dua bulan lalu menyebabkan kekurangan dana bagi menampung kebajikan haiwan-haiwan di dalamnya hingga mema-ksa pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan tampil memberi sumbangan.

Kosmo melaporkan tinjauan mendapati lebih 300 orang mula memenuhi kaunter tiket seawal pukul 10 pagi di kawasan yang menempatkan 280 spesies haiwan itu.

Seorang pencinta haiwan, Ida Nazlida Idrus, 46, berkata, sebaik mengetahui Zoo Negara dibuka semula, dia dan keluarga terus merancang pergi ke sana.

“Tiga kali setahun pasti saya dan keluarga pergi ke sini untuk melihat pelbagai spesies haiwan seperti panda yang tidak ada di tempat lain,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Ra­hayu Baharin, 36, berkata, ini merupakan peluang keemasan buat anak-anaknya untuk berhibur dan menambah pengetahuan am ketika cuti persekolahan.

“Sejak PKPB kami hanya duduk rumah dan apabila boleh rentas negeri, kami memilih pergi ke zoo.

“Anak-anak juga gembira dapat keluar rumah dan membuat aktiviti sihat bagi mengisi masa lapang,” katanya.

Zoo Negara dibuka semula kepada orang ramai dengan terhad kepada 1,250 pengunjung pada satu-satu masa selepas larangan rentas negeri ditamatkan walaupun PKPB masih berkuat kuasa di Selangor.

Zoo Negara beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

 

 

 

Sumber:Kosmo