“Semua lakonan saya tinggal kenangan” -Johan Abdullah

Sekitar era 90an, pelakon ‘mat saleh’ yang fasih bertutur bahasa Melayu tetapi pelat,Johan Abdullah sering menghiasi kaca televisyen.

Antara lakonan Johan yang paling diingati ialah wataknya sebagai bapa kepada Ramona Rahman dalam filem Fenomena pada tahun 1999.

Filem terakhir lakonan Johan ialah filem ’29 Februari’ sebelum beliau megalami masal-ah kesihatan.

Johan,73, mende-rita angin ahmar akibat dari Parkinson yang dialaminya kini tinggal menyewa sebuah rumah di Taman Mantau Indah 2, Seremban.

“Sekarang semua lakonan saya tinggal kenangan dan tidak mampu lagi berdiri lama akibat penyakit angin ahmar ini, sejak April lalu,” katanya yang berasal dari Christchurch, New Zealand.

Menurut Johan, beliau memulakan kerjaya lakonan secara tidak sengaja apabila mengunjungi rakan yang bertugas di Radio Television Malaysia (RTM), pada 1976.

“Saya sering berkunjung ke RTM kerana ramai kawan kerja di sana dan mereka menawarkan saya berlakon dan mewarnai seni lakon tanah air.

“Kemunculan saya dalam drama ketika itu ibarat pepatah Melayu, yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek kerana sejak itu, satu persatu saya berlakon dalam drama dan filem,” katanya yang bekerja sebagai Jurutera Elektronik ketika itu.

Katanya, beliau memang suka berlakon dan banyak memegang watak sebagai pegawai Inggeris atau watak bapa keturunan Inggeris sesuai dengan perwatakan dan tutur bicaranya pelat Inggeris.

“Antara filem hangat saya pernah berlakon ialah filem ‘Fenomena’ (1999) bersama Ramona Rahman sebagai anak dan Amy Search yang popular dengan lagu ‘Isabella’.

“Saya juga pernah berlakon dalam filem perang ‘Leftenan Adnan’ arahan Aziz M Osman dengan kerjasama Kementerian Pertahanan yang menelan kos RM2.5 juta,” kata bapa kepada sembilan anak dan datuk kepada 22 cucu itu.

Johan datang ke negara ini pada 1974, menegaskan berkata beliau masih mengutamakan karier terlebih dahulu, namun apabila ada tawaran berlakon ia tidak mampu men0lak.

“Lama-kelamaan bila ada tawaran saya perlu meneliti dahulu skrip sebelum menerima sesuatu watak bergantung kepada jalan ceritanya terlebih dahulu,” katanya.

Johan berkata, ada yang bertanya bagaimana dia mampu berbahasa Melayu baik walaupun masih pelat Inggeris.

“Semuanya bermula apabila saya berkahwin dengan arwah isteri, Hadijah Atan pada 1974 dan menetap di Sepang ketika itu dan dikurniakan sembilan cahaya mata.

“Isteri meningg4l pada 2010 akibat penya-kit bar4h dan saya kemudian berkahwin lagi dengan isteri sekarang, Sharifah Mariam Abu, 47, dan dikurniakan dua anak, Orkid Raihani Johan, 4, dan Abdullah Musa Johan, 9” katanya.

 

Sementara itu, Sharifah Mariam, berkata kehidupan mereka sekarang amat sukar kerana tiada pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada hasil sewaan rumah di Salak Tinggi, Sepang.

“Rumah itu disewakan RM550 dan kami membayar sewa rumah ini dengan RM500 sebulan. Keadaan bertambah svkar apabila suami tidak lagi boleh berlakon dan kadang-kadang anak ada yang membantu.

“Kami bernasib baik kerana jiran di taman ini sangat baik dan selalu membantu jika kami kesemp-itan malah banyak bil utiliti yang tertunggak termasuk sewa rumah.

“Suami saya (Johan) bukan jenis orang yang suka meminta bantuan dan saya amat berharap agar persatuan artis seperti Seniman dapat membantu bagi meringankan beban suami yang kini berjalan perlu menggunakan tongkat,” katanya lagi.

Orang ramai yang ingin menyumbang bagi meringankan beban mereka sekeluarga boleh menghubungi Sharifah Mariam di talian 013-3126721.

 

 

 

 

 

Sumber:BH