Anak sam4n bapa RM864,000 temui ajal sehari sebelum hari perbicaraan

Hanya kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta, seorang wanita di daerah Cinambo sanggup memfailkan sam-an terhadap bapa kandungnya sendiri sebanyak tiga bilion rupiah (RM864,000) di Mahk-amah Daerah Khas Bandung.

Kompas.com, melaporkan, Koswara, 85, disam4an anak ketiganya, Masitoh yang juga merupakan seorang peguam.

Masitoh dikatakan bersama abangnya, Deden mengemukakan sam-an terhadap harta bapanya itu.

Dia bagaimanapun meninggal dunia sehari sebelum sesi perbicaraan berlangsung di mahkamah.

Masitoh dilaporkan ma-ut akibat seragan jantung dan dikebumikan semalam iaitu tarikh sama bagi perbicaraan kes di mahkamah berkenaan.

Untuk rekod, Koswara memiliki enam anak iaitu yang pertama bernama Imas diikuti Deden, Masitoh, Ajid, Hamidah dan Muchta.

Anak kelimanya, Hamidah yang memimpin ayahnya ke mahkamah berkata, ayahnya baru mengetahui berita pemergian Masitoh selepas mahkamah berhenti bersidang dan tetap menziarahi pusara anaknya.

Peguam Masitoh, Komar Sarbini berkata, sam-an itu difailkan kerana Hamidah dan Koswara didak-wa melaggar undang-undang kerana menafikan k0ntrak perjanjian berhubung pewarisan tanah.

“Mereka mengingkari perjanjian kontrak (sewa tempat) di Jalan AH Nasution Bandung. Selebihnya, akan diputuskan mahkamah,” katanya.

Saman itu berhubung harta warisan seluas 0.3 hektar milik Koswara.

 

 

 

 

 

 

Sumber:CaraMoh0n