Tiada lagi zon hijau buat Semenanjung

Tiada lagi daerah berada di Zon Hijau di semenanjung, dengan lima negeri berada dalam Zon Merah penvlaran COVID-19 sepenuhnya, setakat semalam.

Berdasarkan data terkini taburan k3s COVID-19 dikongsikan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kriisis Kebangsaan (CPRC) Kemen-terian Kesi-hatan (KKM) dalam tempoh 14 hari sejak 11 Januari hingga semalam, kelima-lima negeri itu ialah Pulau Pinang; Selangor; Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; Melaka serta Johor.

Di Kelantan dan Terengganu, masing-masing merekodkan hanya satu daerah di bawah Zon Kuning iaitu Jeli dengan 17 k3s dan Kemaman (19 k3s), manakala di Negeri Sembilan, daerah Jelebu masih diletakkan di bawah Zon Kuning dengan 12 k3s, satu kawasan pula iaitu Tampin, mencatatkan 21 k3s dan diletakkan di bawah Zon Jingga.

Sementara di Perak, hanya daerah Hulu Perak yang masih berada di Zon Kuning dengan 16 k3s, manakala daerah Perak Tengah mula diletakkan di Zon Jingga berikutan peningkatan k3s baharu direkodkan di kawasan itu.

Zon Hijau di Sarawak yang ketika ini diletakkan di bawah Perintah Kawa-lan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga semakin mer0sot kepada hanya enam daerah masih kekal iaitu Mukah, Lundu, Lawas, Daro, Matu serta Saratok.

Manakala Kuching, Miri, Sibu, Kanowit serta Beluru sudah berada di Zon Merah dengan peningkatan k3s agak mendadak.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH