Kuza imbas kepay4han jadi ibu tuggal seawal umur 26tahun

Walaupun bebrapa kali perkahwinan nya dilanda badai,pelakon Kuza, 48, bersyukur apabila dia mampu membesarkan tiga cahaya matanya dengan berjaya.

Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani berkata, usaha itu bukan mudah dan perlukan perhatian yang sangat berterusan demi memastikan serba-serbi keperluan anak-anak terjaga apatah lagi dia memegang status ibu tunggal buat kali pertama ketika usianya baru mencecah 26tahun!

“Alhamdulillah, anak-anak dah besar. Ingat lagi, masa nak besarkan anak-anak dahulu. Saya jadi ibu tunggal, muda lagi masa itu umur 26 tahun dan anak-anak kecil lagi.

“Masa itu saya betul-betul ‘strvuggle’ semua kena tanggung sendiri tanpa bantuan sesiapa. Susah jugalah nak besarkan anak-anak yang masih nak mula sekolah.

“Bayangkan, nak bayar duit sekolah, duit sewa rumah, belanja tiap-tiap bulan, memang peritlah. Alhamdulillah, anak-anak saya dah besar semua, dah ada kerja masing-masing,” katanya.

Pelakon itu percaya komunikasi yang berkesan juga antara faktor penting bagi mengajar anak-anak untuk menghargai erti kehidupan.

“Anak ini amanah dari Allah, kita ibu ibarat madrasah. Jangan sekali-kali menye rah kal4h dengan hidup. Kena percaya ia adalah rancangan terbaik dari Allah.

“Dengan anak-anak, selalu kena tanya khabar, bawa berbual, kongsi rasa, kongsi ilmu, kongsi hidup. Semua kena kongsi baru anak-anak faham erti hidup.

“Sekarang ini, tiba masa untuk saya lihat hasil yang saya semai. Saya syukur Allah tidak uji saya dengan masa lah anak, Allah uji saya dengan mas-alah hidup. Kalau masa-lah anak, lagi mencab-ar,” katanya.

Kuza berkahwin kali ketiga dengan Ramyus Sidique pada 2007 dan berc-erai pada 2019. Mereka bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.

Pada perkahwinan terdahulunya, pelakon itu dikurniakan anak iaitu Nizam Firdaus, 27, Puteri Nazihah, 26, dan Puteri Nadia, 16.

 

 

Sumber:BH