Datuk DJ Dave n4fi laggar SOP- “Itu bukan parti hari jadi”

Penyanyi veteran yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) Datuk DJ Dave men4fikan adanya majlis sambutan hari jadinya ke-73 yang akan berlangsung pada Isnin ini.

“Bukan parti hari jadi, tapi hanya akan dihadiri beberapa orang yang terbabit sahaja.”

Jemputan majlis tersebut dihantar kepada media tempatan menerusi emel dan ia menimbulkan tanda tanya apatah lagi ia ditulis sebagai majlis hari jadi sekali gus memberi taggapan ia akan melaggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawa-lan Pergerakan (PKP) ditetapkan kerajaan ketika ini.

Dave ketika dihubungi berkata, program itu akan berlangsung di Dewan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Putrajaya dan hanya membabitkan lima hingga enam orang saja.

“Mereka yang terbabit adalah saya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi selaku tetamu kehormat dan turut membuat persembahan dengan saya, pemain piano dan mereka yang terbabit dengan urusan teknikal,” katanya.

Dave berkata, dia dan Ras Adiba akan membuat persembahan secara langsung dan dipancarkan secara streaming terus ke empat rumah anak yatim terpilih iaitu Cads Enhancement Centre, Rumah Hasanah, Rumah Anak Yatim Nur Qaseh dan Persatuan Kebajikan Harapan Selesa.

“Ini kali pertama saya buat persembahan sebegini dan dipancarkan terus ke rumah anak-anak yatim untuk menghiburkan mereka.

Memang setiap tahun, setiap kali menjelangnya hari jadi saya, saya akan menghiburkan anak-anak yatim. Kali ini, disebabkan Covid-19, ia dibuat secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:BH