Ini sebabnya Ahli Parlimen wajar jadi kelompok pertama terima svntikan vaksin Covid19, menurut Persatuan Farmasi Malaysia

Semua Ahli Parlimen di negara ini disaran menjadi kumpulan yang diberikan vaksin COVID-19 pada hari pertama Program Imunis4si Vaksin COVID-19 Kebangsaan dilancarkan.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang, berkata adalah wajar untuk golongan itu menjadi kumpulan pertama menerima vaksin kerana mereka adalah wakil yang dipilih rakyat dan seharusnya menjadi contoh bagi ikutan yang lain.

“Apatah lagi mereka perlu menjadi contoh teladan kepada rakyat di kawasan Parlimen masing-masing dengan menjadi kumpulan pertama menerima sun tikan vaksin.

“Pembabitan Ahli Parlimen sebagai kumpulan pertama ini boleh menyvntik semangat dalam kalangan rakyat, khususnya di kawasan masing-masing untuk turut menjayakan program itu.

“Ini adalah satu perkara yang perlu dilakukan bagi meluncarkan Pr0gram Imvnisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan seperti yang dipetik.

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan In0vasi, Khairy Jamaluddin, mengumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi warganegara Malaysia pertama untuk menerima vaksin COVID-19.

Kerajaan sebelum ini mens4sar sebanyak 80 peratus populasi untuk mencapai imuniti kelompok bagi mengekag wab-ak COVID-19 di negara ini.

Untuk rekod, Malaysia mempunyai 222 kerusi Parlimen.

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH