Comelnya cucu Tan Sri Vincent Tan beraya dengan beg Hermes

Pada miggu lepas masyarakat Tionghua di Malaysia menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana norma baharu di Malaysia.

Ini termasuklah keluarga jutawan Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan yang menyambutnya secara bersederhana di rumah. Bezanya kali ini sambutan itu diserikan dengan kehadiran si comel Arianna Kyla.

Menerusi hantaran Chryseis Tan, kelihatan beberapa adik-beradiknya yang lain iaitu Chrystal, Euvin, Morvin dan Nevin turut berkumpul di rumah ibu bapa mereka pada hari pertama.

Demi mematuhi SOP, mungkin ada sistem giliran ditetapkan kerana sebenarnya anak-anak Tan Sri Vincent berjumlah 11 orang kesemuanya.!

Tidak ketinggalan, dua menantu kesayangan iaitu SM Faliq serta Polina juga hadir bagi meraikan perayaan tersebut.

Jika beberapa bulan lepas Chrys membawa sebuah beg tangan Dior Book Tote tertera nama anaknya ,Arianna, kali ni nampaknya lagi upgrade.

Tengok tu si kecil baby Arianna siap bawa beg Hermes Kelly, mesti dapat banyak angpau, kan?

Melalui perkongsian foto tersebut, kelihatan keluarga kecil Chrys, Faliq dan Arianna juga mengenakan persalinan tradisional Cina sedondon.

Paling cantik bila Chrys dan Arianna pakai qipao merah jambu rekaan Varithorn Boutique. Siap ada feather lagi, cantiknya!

Chryseis Tan, anak kepada jutawan  Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin pada Februari 2018.

Mereka saling mengenali sejak zaman persekolahan di sebuah sekolah antarabangsa.

Kedua-duanya memegang jawatan tinggi di dalam syarikat milik keluarga masing-masing. SM Faliq merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif di Naza TTDI manakala Chryseis pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square Berhad.

 

 

 

 

 

Sumber:N0na