Pilih perunding kewangan, Syanie selamat bergelar isteri kali ketiga

Pelakon era 90an yang kini bergelar usahawan pizza, Syanie Hisham, 47, selamat dinikahkan dengan pasangan pilihannya, Zahril Hafiz Mohammed Nor dalam satu majlis pernikahan yang diadakan pagi tadi.

Menerusi perkongsian dalam InstaStorynya, Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham ada memuat naik foto dia dengan suaminya selepas disatukan sebagai pasangan suami isteri.

“Alhamdulillah dan selamat diijabkabulkan. Terima kasih semua atas doa kalian,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah membintangi filem Senario The Movie itu tidak mende-dahkan lebih lanjut tentang majlis pernikahannya dengan Zahril.

Hasil tinjauan melalui Instagram mendapati lelaki yang berjaya memikat hati Syanie itu merupakan seorang perancang kewangan.

Terdahulu, Syanie pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali iaitu dengan Mohd. Attirmidi Abdul pada tahun 1996 sebelum berpisah pada tahun 2002.

Untuk perkahwinan kali keduanya pula, Syanie pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki bernama Nadi Putera Mohammad Zainol pada tahun 2014 dan berce rai dua tahun kemudian.

Namun kedua-dua perkahwinannya yang terdahulu tidak dikurniakan cahaya mata.

 

 

 

 

 

 

Sumber: K0smo