Zahirah perjelas punca balik Malaysia bulan depan

Setelah hampir lima bulan menetap di Perth, Australia ,pelakon Zahirah Macwilson memberithu dia dan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza serta anak mereka, Isaac Raees bakal pulang ke Malaysia pada bulan April ini.

Zahirah berkata kini sudah tiba masanya untuk dia dan Hakim kembali beraksi di pentas lakonan dan bekerja seperti biasa.

Bagaimanapun, pasangan ini belum mendapatkan lagi tarikh sebenar mereka pulang ke tanahair, cuma yang pasti, pada bulan depan.

Namun begitu, ujar Zahirah, dia mungkin akan mengambil masa sekurang-kurangnya dalam dua atau tiga bulan untuk bersedia dari fizikal dan ment4l sebelum mula bekerja seperti biasa.

Manakala Aiman pula dijagka akan mula menjalani penggambaran selepas Hari Raya Aidilfitri.

Semoga urusan Zahirah sekeluarga dipermudahkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Myartis