Amalan yang digalakkan pada malam Nisfu Syaaban

Insya Allah, malam ini adalah malam nisfu Syaaban. Bermakna tinggal 15 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.

Nisfu bermaksud pertengahan atau kita gelar pertengahan Syaaban. Malam nisfu Syaaban juga disebut malam Laylatul Bara’ah iaitu malam yang penuh keberkatan, syafaat dan pertolongan.

Menurut Imam as-Syafie dalam kitab al-Umm, “doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam al-Adha, malam al-Fitri, malam awal bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban”

Manakala dari Muaz bin Jabal r.a. Baginda s.a.w. bersabda,

“Allah S.W.T. melihat makhluknya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluknya kecuali orang yang sy1rik, dan juga orang yang bermusvhan” HR al-Tabrani.

Amalan yang digalakkan pada malam nisfu Sya’ban

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya samada dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, sayugia diingatkan, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum.

Oleh itu, sekali lagi kami nyatakan bahawa tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam nisfu Sya’ban.

Apapun, kita sebagai hamba yang bertakwa kepada Allah S.W.T. disuruh untuk menghidupkan malam tersebut dengan beberapa amalan iaitu:

1)Memperbanyakkan berdoa.

Dalam sebuah hadis dari Abu Bakar r.a. Baginda s.a.w.

“Rahmat Allah S.W.T. turun ke bumi pada malam nisfu Syaaban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa syiriik dan orang yang dalam hatinya tersimpan keb3ncian (kemvnafikan)” HR al-Baihaqi

Tidak ada doa khusus yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. untuk dibaca pada malam tersebut. Oleh itu bacalah apa pun jua doa, dan mintalah sebanyak-banyaknya terutama keampunan dari Allah S.W.T.

2)Memperbanyakkan syahadah
Kalimah syahadah adalah kalimah yang paling mulia. Kalimah ini elok dibaca bila-bila masa pun terutama pada malam nisfu Syaaban.

3)Memperbanyakkan istighfar
Selain dari kalimah syahadah, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan membaca istighfar sebagai bentuk permohonan ampun kepada Allah. Itu kerana pada malam tersebut Allah telah berjanji akan mengampunkan segala d0sa hambanya kecuali d0sa sy1rik.

4)Solat sunat terutama Qiamulail. Menurut Riwayat al-Hasan, para sahabat Nabi s.a.w. pernah menyampaikan kepadanya apa sahaja keutamaan solat nisfu Syaaban.

“Barang siapa yang mendirikan solat sunat di malam nisfu Syaaban maka Allah S.W.T. akan memandangnya sebanyak 70 kali. Dan setiap pandangan Allah akan mengabulkan 70 keperluannya. Adapun pandangan paling dekat adalah pengampunannya.”

Kesimpulannya, tidak ada amalan yang khusus pada malam nisfu Sya’ban melainkan amalan-amalan yang bersifat umum.

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan ibadah serta memelihara kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai asal di dalam agama dan beroleh rahmat dan pengampvnan dari Allah S.W.T.

Sumber:utusantv,pejabat mufti WP