Anjur majlis hari lahir, Remy Ishak buat u-turn ke bek4s tunang?

TERHARU pula melihat apa yang dilakukan oleh pelakon kacak Remy Ishak terhadap bek4s tunangnya baru-baru ini.

Apakan tidak, walaupun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan rasmi, pelakon kacak itu tetap meraikan hari jadi bek4s tunangnya, Ezza Yusof, dengan menganjurkan majlis hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Menyaksikan video yang dikongsikan Ezza dalam Instagramnya, kelihatan meriah betul sambutan hari lahir yang dibuat oleh Remy untuknya.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis Ezza pada video tersebut, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Remy sebab dah belanja makan sempena hari jadinya.

Rasanya Remy bukan belanja Ezza seorang sahaja, tetapi belanja semua tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

“Terima kasih sudi belanja kami makan semalam @remyishak. Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang kukuh, berpanjangan dan berkat. Amin,” kata Ezza.

Apa yang bagusnya, kedua-dua mereka masih kelihatan sangat rapat.

Tapi kalau betul dikatakan jodoh, apa sal4hnya. Sama-samalah kita doakan supaya  Remy dipertemukan dengan zaujah yang solehah.

 

 

 

 

 

Sumber:K0smo