Bakal nikah anggota p0lis, Sheera jumpa jodoh di lokasi Gerak Khas

SELEPAS hampir 14 tahun membintangi drama bersiri Gerak Khas, akhirnya pelakon Sheera Iskandar mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan tersebut yang bersiaran episod akhirnya pada Sabtu lalu.

Menurut Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 36, dia mengakvi sed1h apabila drama kep0lisan itu sudah menamatkan siarannya selepas lebih 21 tahun menemui penonton.

“Sed1h sangat sebab memang suka bawa watak anggota beruniform. Biarpun saya hanya masuk dalam keluarga Gerak Khas pada tahun 2007 namun ia merupakan satu penghargaan apabila terlibat dalam drama yang diterbitkan Datuk Yusof Haslam.

Disamping itu juga, Gerak Khas turut meniggalkan momen manis buat pelakon cantik ini.

Apa tidaknya, Sheera mengakvi bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi bersama seorang anggota polis.

 

Seperti yang dikogsi di laman Instagramnya, Sheera menjelaskan bahawa dia bertemu dengan bakal suaminya ketika berlakon drama bersiri itu di Labuan.

“Bakal suami saya ni pemalu orangnya, kalau boleh dia nak dikenali sebagai Mr. H je dulu. Dia berasal dari Melaka.
Gerak Khas dah tamat, doakan Sheera teruskan kehidupan sebagai isteri polis pula.

“Dulu dia bertugas di Labuan dan baharu beberapa bulan ditukarkan ke Semenanjung. Sekarang kami dalam perancangan untuk mendirkan rumah tangga. Disebabkan belum boleh merentas negeri, jadi agak sukar untuk kumpulkan ahli keluarga bakal suami yang tidak tinggal di Kuala Lumpur.”

Pasangan ini merancag mendirikan rumahtangga selewatnya sebelum Ramadhan ini.

Sheera sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015 namun bercer4i pada hujung 2018.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:mstar