Selepas 20 tahun ,Elite kembali dengan lagu rap kerohanian ‘Alhamdulillah’

Sempena ulang tahun ke-25 penubuhan mereka, anggota asal kumpulan Elite membuat kejvtan apabila kembali bergabung dengan single terbaharu berjudul Alhamdulillah.

Umpama hadiah untuk peminat yang merindui kehadiran mereka, Elite dianggotai Linda, Azza, Abby, Shasha dan Watie tampil bergabug selepas 20 tahun!

“Sebelum ini, memang ada ura-ura untuk menggabugkan kami, tetapi banyak kali tertunda. Lagipun, kami mahu semua anggota asal Elite ada bersama. Ini adalah gabugan pertama selepas 20 tahun.

“Usaha ini digerkkan oleh Linda yang kebetulan berjumpa dengan Datuk Norman Abdul Halim. Saya bersyukur semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan,” kata Azza .

 

Apa yang menarik, single ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan itu menyaksikan kumpulan yang popular dengan lagu Trauma dan Tamparan Wanita itu membawakan lagu bercorak kerohanian.

Mengulasnya, Linda berkata, mereka bersetuju menyanyikan lagu bergenre Islamik kerana ia bersesuaian dengan penampilan dan mahu memberi hiburan yang meninggalkan mesej kepada peminat.

“Kami bersetuju untuk muncul dengan single bergenre Islamik dan mempunyai mesej yang baik dalam lagu.

“Ia juga bersesuaian dengan ketibaan Ramadan tidak lama lagi. Kami berharap dapat menyebarkan perkara positif kepada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula Elite,” ujarnya.

Biarpun muncul dengan lagu ketuhanan, namun ia tidak bermakna mereka meniggalkan konsep  rap yang menjadi tanda dagang Elite.

“Identiti setiap lagu Elite adalah rap, jadi dalam single Alhamdulillah ini kami perlu menyanyi rap.

“Tidak dapat dinafikan, keadaan agak mencabar apabila sudah lama tidak menyanyi dan merakamkan lagu. Tetapi, kami tidak mengambil masa yang lama untuk merakamkan single ini. Saya harap peminat dapat menerima single Alhamdulillah,” kata Watie.

Single Alhamdulillah diterbitkan Imaan Music iaitu label Islamik di bawah KRU Music dan bakal dilancarkan di semua pelantar digital pada 19 April depan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH