Cef selebriti ters0hor negara, Cef Wan sekali lagi meluahkan keengg4nannya berhabis duit bagi melangsungkan majlis perkahwinan kali kedua anaknya, pelakon dan usahawan Serina Redzuawan.
Menerusi satu hantaran ‘panjang lebar’ yang dimuat naik cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dalam Instagramnya, dia berkogsi luahan tersebut berdasarkan pengalaman lalu apabila menaja 100 peratus perkahwinan pertama Serina dengan suami terdahulu.
“Suruh bakal suami kamu untuk membayar duit majlis perkahwinan sama seperti apa yang aku buat menaja 100 peratus perkahwinan kau dulu.
“Dia (pihak lelaki) yang g4tal nak kahwin biarlah dia yang bertanggungjawab menanggungnya. Sejujurnya saya sudah serik tanggung 100 peratus perkahwinan anak saya termasuk anak lelaki sehingga dua kali!
“Pada akhirnya kamu lihat apa yang perlu saya tanggung? Cukup-cukuplah,” ujar Cef Wan.
Dalam hantaran itu juga, cef berusia 63 tahun itu juga engg5n mengadakan majlis perkahwinan Serina di rumahnya kerana tidak mahu berasa pen4t dan memb4zir.
“Baru minggu lepas Rina (panggilan Serina) beritahu saya nak adakan majlis pernikahan selepas Raya Aidilfitri. Buat secara sederhana di rumah katanya.
“Tapi saya kata insya-Allah, sabar. Tapi dalam hati saya berfikir sudahlan buat di masjid dan jemput siapa yang hendak di jemput dan ‘make it official’ (nikah) sudah.
“Tak perlu nak menyem4kkan rumah papa dengan buat majlis perkahwinan sebab papa dan nenek perlukan ketenangan. Papa juga ada tiga perniagaan yang hendak diuruskan. Waktu Covid-19 bukan boleh jemput ramai-ramai,” ujarnya.
Dalam pada itu, Cef Wan turut memberikan cadangan supaya Serina tidak membaz1r dan menggunakan belanja yang ada untuk memberi sedekah kepada anak-anak yatim sebagai amalan untuk akhirat.
“Rezeki lebih pergi beri makan anak-anak yatim lagi baik dan tentu saham akhirat itu ada daripada belanja majlis perkahwinan mahal-mahal. Memb5zir.
“Sudah terkena sekali cukuplah. Habis duit papa tak pasal-pasal, kerja setengah m4ti hari-hari. Yang penting nikah, halalkan yang h4ram sudahlah.
“Kahwin kali pertama okeylah, ini dah dua kali. Anak lelaki saya (Muhammad Nazri) esok nak kahwin kali ketiga (akan datang). Naik bulu roma ingatkan duit kita nak habis!” katanya.
Terdahulu, Cef Wan pernah menasihati Serina dan teman lelakinya mengenali hati budi masing-ma¬sing sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Menurutnya, dia bukan mahu menghal4ng anaknya berkahwin dengan penjawat awam berusia 35 tahun itu, namun tr4uma dengan keg4galan perkahwinan pertama Serina bersama suami terdahulu, Gavin Edward OLuanaigh apabila berakh1r dengan percer4ian.
Melalui perkahwinan itu, Serina dikurniakan sepasang cahaya mata.
Sumber:KOSmo