Majlis merisik Uqasha Senrose dan Kamal Adli berjalan lancar

Tanpa sebarang publisiti, majlis merisik pelakon popular Uqasha Senrose oleh kekasihnya, pelakon kacak Kamal Adli selamat dijalankan petang semalam di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Adik Uqasha, iaitu Raysha Rizrose meng4ku seb4k dan berharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

“Majlis merisik saja yang berlangsung membabitkan keluarga kami (Uqasha) dan Kamal. Kamal pun turut serta.

“Tarikh tunang, pernikahan dan resepsi belum dipvtuskan lagi. Semua masih dalam perbincagan.

“Doakan segala yang dirancang dipermudahkan,” kata Raysha.

Selain Raysha yang berkongsi gambarnya bersama Uqasha di IG (Instagram) Story, seorang lagi adik pelakon itu, Nelydia Senrose turut melakukan perkara sama.

Semakan dilakukan saat ini, belum kelihatan gambar berdua antara pasangan tunang.

Sebelum ini, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, menges4hkan bakal diij4bkabulkan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka.

Uqasha berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan sudah hampir 80 peratus siap.

Majlis pertama khas untuk keluarga, teman rapat dan media, manakala majlis kedua pula untuk rakan artis. Majlis ketiga pula diadakan untuk meraikan peminat yang banyak menyokong mereka.

Hubungan cinta Kamal dan Uqasha mula berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019.

Semoga segala persiapan buat Uqasha dan Kamal Adli berjalan lancar dan serta dipermudahkan.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayahku