Bukan biasa-biasa,ini harga penginapan mewah pilihan Neelofa dan PU Haris di Langkawi

Di kala media lain begitu rancak melap0rkan mengenai isu kebenaran rentas negeri selebriti Neelofa dan suaminya Harris, berbeza dengan portal media Murai yang nampak nya lebih berminat untuk berkongsi tentang tempat penginapan usahawan dari Kelantan ini di Langkawi.

Walaupun agak l4ri dari topik semasa, tapi sampai bila kita nak mempertika1kan apa yang dilakukan oleh pasangan romantis ni kan? Tak jemu ke?

Sepanjang pasangan ini berada di Langkawi, (tak kisahlah urusan kerja ataupun honeymoon), tidak ramai yang tahu di mana mereka menginap. Neelofa sendiri pun tidak menyatakan lokasi tempat penginapan di laman media s0sial.

Kalau diimbas kembali, sejak dari dulu lagi Neelofa sendiri memang dikenali dengan gaya hidup yang mewah lagi-lagi ketika bercuti bersama keluarga.

Jadi tak peliklah kalau untuk honeymoon Neelofa akan pilih tempat yang terbaik juga.

Menurut tinjauan Murai di IG stories Neelofa, mereka akhirnya dapat menemui jawapannya. Pasangan ini memilih untuk tinggal di resort lima bintang, The St. Regis Langkawi. Hotel ini terletak di Jalan Pantai Beringin, Langkawi iaitu 5 minit memandu dari Jeti Kuah.

Murai MY berjaya menges4n resort penginapan pasangan ini melalui IG stories Neelofa di mana tertera logo hotel tersebut ketika dia menikmati sarapan pagi.

 

Difahamkan The St. Regis Langkawi adalah di antara resort paling mewah di Langkawi. Resort ini dikelilingi dengan hutan hujan yang subur dan pantai persendirian.

Bilik yang disediakan di sini terbahagi kepada dua iaitu Villa dan Suite. 

Menerusi IG stories Neelofa, pihak Murai MY  menjagkakan  pasangan ini memilih Sunset Villa dengan balkoni permandangan laut. Buktinya seperti gambar di bawah.

Setelah melihat sendiri laman web rasmi The St. Regis Langkawi, harga bilik mewah ini sekitar RM 2,605 semalam! 

Di dalam Villa mewah ini, para tetamu akan menyukai peralatan khas, ruang tamu dan ruang makan yang terpisah, dapur kecil dan pemandangan laut yang menakjubkan.

Bilik mandi marmar yang luas direka bentuk dengan rapi, dilengkapi dengan dua meja rias, tab mandi, dan pancuran hujan yang besar.

 

Disajikan pemandangan seluas alam, keindahan Pulau Langkawi juga dapat disaksikan sambil menikmati private pool yang disediakan sekali ,membuatkan resort ini sangat mewah dan menawan.

Menarik dan sangat sesuai untuk honeymoon kan?

Sesuai lah dengan taste Lofa! 

 

 

 

 

 

Sumber:Murai