Disolek ‘cincai’ oleh Mak Andam di majlis nikah, rintihan pegantin malag dapat perhatian jurusolek terkemuka MUA Bellaz

Apabila menjadi ratu sehari, pastinya kita mahu kelihatan lebih cantik dan berseri daripada hari-hari biasa.

Namun,detik manis itu boleh bertukar menjadi peristiwa ngerii jika ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Seperti yang berlaku kepada Yana Nazaruddin, dia berkongsi rasa sedihnya apabila tidak mendapat solekan seperti yang diharapkan daripada jurusolek yang diupah.

Malah, jurusolek tersebut tidak berasa bersalah padanya dan hanya berdiam diri apabila dihubungi.

Pakej busana yang ditempah daripada butik jurusolek yang sama  juga amat mengecewakan kerana selain  pakaiannya sudah lusuh ,tiaranya sudah hampir reput.

Ramai netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Yana malah ada juga berpendapat wajah aslinya jauh lebih cantik daripada ditatarias sebegitu.

Tanpa diduga, posting yang dimuat naik oleh Yana itu telah menarik tumpuan jurus0lek terkenal iaitu Mua Bellaz.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa Yana, Mua Bellaz berniat mahu menaja solekan dan busana perkahwinan yang baharu bagi menggembirakan dirinya.

Bertuah nya badan! 

Berikutan itu, ramai yang teruja dengan niat yang dikongsikan Bellaz ini dan tak sabar menyaksikan hasil sentuhannya nanti.

Alhamdulillah, ini yang dikatakan rezeki.

Update terkini, Yana sudahpun menghubungi Bellaz dan bakal bertemu dengan jurusolek tersebut tidak lama lagi. 

Sekadar info,MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini salah seorang Mekap Artis yang terkenal berasal dari Utara.

Namanya mula tvlar berikutan kepetahan wanita ini berkomunikasi dalam sesi tutorial solekan di laman media s0sial. Kehebatan Bella tidak perlu dipertikaikan apatah lagi sekarang dia mempunyai seramai 1 juta orang pengikut di laman Instagramnya.

Wow! Min pulak tak sabar nak tengok hasil jurumekap profesional . Mesti cantikla! 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:Hijabista