Panas! Ziana Zain jawab isu hubungan dengan VIP bergelar Dato’ Sri

Lama berdiam diri, penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, diva Ziana Zain akhirnya membuka mulut mengenai g0sip yang melanda dirinya bersama dengan seorang VIP bergelar Dato’ Sri.

Walaupun perkara itu terjadi dua dekad lepas, ketika namanya berada di kemuncak,namun Ziana tidak pernah sekali mahu bercerita mengenai perkara itu.

Begitulah Ziana yang sinonim dengan sikap profesionalisme nya dalam kalangan media tempatan dan juga peminat tegarnya.

Namun baru-baru ini, menerusi satu temu bual eksklusif dalam slot “Stars@AWANI” yang disiarkan di platform media s0sial Astro AWANI pada Ahad lalu, Ziana kelihatan terbuka menjawab persoalan ini.

Katanya, dia tidak pernah terfikir tOhmahan yang dilemp4rkan terhadap dirinya menjadi satu penghalag untuk komited dengan kariernya dan terus berkarya.

“Orang akan cuba g0sipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar.

Saya ambilnya (dengan redha) selagi ibu bapa saya tahu saya siapa, saya tahu saya siapa!” jelas Ziana ketika mengimbau perjalanan karier seninya sempena ulang tahun ke-30 Ziana dalam industri seni.

Semoga Ziana terus tabah dan berjaya mengharungi liku sebagai anak seni . 

 

 

 

Sumber:Awani