Uchee Fukada suka overshadow pelakon utama? Ini jawapan tuan punya badan!

Sejak dikenali menerusi drama Nur 2 sebagai ‘kakak wongshu wongshu’ tidak dinfikan nama Uchee Fukada semakin meniti di bibir peminat drama tempatan.

Bagaimanapun Uchee Fukada memberitahu dia tidak berniat mencvri perhatian penonton terhadap watak utama bagi setiap drama lakonannya.

Menurut Uchee, dia hanya ingin mencipta kelainan dalam watak yang diberikan dan menjalankan tugas sebagai pelakon.

“Saya tiada niat nak tenggelamkan watak utama, mungkin watak itu orang suka sebab saya selalu dapat watak yang fun-fun.

“Saya bawa watak sampingan yang orang nak tengok, kiranya macam penghibur dalam satu-satu cerita, ” ujarnya lagi.

Sementara itu, Uchee bersyukur kerana akhirnya dia berjaya mengejar cita-citanya bagi bergelar seorang pengarah drama.

“Memang passion saya sebelum ini di belakang tabir dan sasaran saya untuk menjadi seorang pengarah.

“Bila cakap fasal mengarah ni, ia adalah peluang… peluang ni dah lama dan sebelum jadi pelakon saya memang ada mengarah.

“Tiada istilah saya p0pular dulu lepas tu jadi pengarah, memang sebelum ini kalau orang kenal saya belakang tabir memang saya ada mengarah beberapa drama, ” katanya lagi.

Selain Nur 2 ,Uchee juga pernah muncul dalam drama Adella Sofea, Takdir Yang Tertulis, Cari Aku di Syurga dan banyak lagi.

Semoga terus sukses Uchee! 

 

 

Sumber:mstar